PORT DICKSON, 10 Mei – Jabatan Mufti Negeri Melaka telah mengadakan Bengkel Sighah Fatwa Persempadanan Kariah Melaka Tengah Siri 3/2024 bertempat di Avillion Hotel, Port Dickson, Negeri Sembilan yang berlangsung selama 3 hari bermula 8 hingga 10 Mei 2024.
Bengkel ini telah disertai dengan kerjasama pegawai-pegawai dari Majlis Agama Islam Melaka, Jabatan Agama Islam Melaka dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Melaka.
Bengkel ini berlangsung bertujuan mengemaskini serta menyemak Persempadanan Kariah di dalam kawasan Melaka Tengah bagi melaksanakan Pewartaan Persempadanan Kariah di Negeri Melaka.
Semoga hasil kerjasama antara agensi-agensi terlibat ini memperkasakan lagi hal ehwal pentadbiran Islam di negeri Melaka dan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat khasnya di negeri Melaka.