Kunjungan Hormat Dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)
BUKIT PALAH, 26 April – Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil hari ini menerima kunjungan hormat dari Ts Dr Iskandar bin Abdul Hamid bersama delegasi dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) di Pejabat Mufti Negeri Melaka hari ini. Kunjungan hormat tersebut turut memberi ruang bagi kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pendapat serta membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan.
- Published in Berita
Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2021
BUKIT PALAH, 22 April – Warga kerja Jabatan Mufti Negeri Melaka telah menyertai Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Peringkat Negeri Melaka anjuran Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat JMM pada pukul 11.00 Pagi hingga 11.10 Pagi tadi. Program yang memasuki tahun ke lapan ini adalah satu kempen peringkat nasional bagi mendorong komuniti menjayakan aktiviti pembacaan dalam keadaan yang menyeronokkan sama ada di perpustakaan, di rumah, di sekolah, di pusat membeli-belah atau dimana-mana sahaja.
- Published in Berita
Penyerahan Kurma & Buku Covid 19 Kepada Institusi Penjara
BUKIT PALAH, 22 April – Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka hari ini telah menyampaikan kurma pemberian Kedutaan Arab Saudi kepada 5 Institusi Penjara di Negeri Melaka ini.
- Published in Berita
Cerapan Hilal Ramadhan 1442 Hijrahcerapan Hilal Ramadhan 1442 Hijrah
TG BIDARA, 12 April – Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam; Yang di-Pertua Negeri Melaka bersama YAB Ketua Menteri; Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman bin Md Ali. berkenan menghadiri Majlis Cerapan Hilal Ramadhan 1442 Hijrah bersamaan 2021 yang diadakan di Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.
Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri Melaka diketuai oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Datuk Wira Hj. Abdul Halim bin Tawil telah melakukan cerapan ini seterusnya melaporkan kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Dalam pada itu, setelah menerima laporan dari semua Negeri-Negeri, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengisytiharkan dan menetapkan Tarikh 1 Ramadhan 1442H jatuh pada Hari Selasa 13 April 2021.
- Published in Berita
Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan
BANDA HILIR, 9 April – Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan hari ini telah bersidang pada hari ketiga yang merupakan hari terakhir persidangan muzakarah khas kebangsaan. Mesyuarat di mulakan dengan pembentangan kertas makluman oleh bahagian penyelidikan JAKIM. Seterusnya telah dirumuskan hasil & sighah muzakarah oleh Pengerusi Mesyuarat; YBhg. Dato’ Haji Wan Zahidi bin Wan Teh.
Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil telah menyampaikan cenderamata dari Jabatan Mufti Negeri Melaka kepada semua ahli Jawatankuasa MKI.
- Published in Berita
Majlis Pelancaran Buku Covid 19
MITC, 8 April – Majlis Pelancaran Buku Covid 19 telah berlangsung hari ini pada pukul 11 pagi bertempat di Hotel Muzaffar MiTC Melaka.
Majlis dimulakan dengan ucapan dari Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka dalam ucapannya mengucapkan sekalung tahniah kepada penulis buku tersebut iaitu Datuk Mohamad Din Yusoh kerana gaya penulisannya yang berkonsepkan muafakat ilmu yang telah ditulis sendiri oleh penulis dan diagihkan kepada orang ramai tanpa sebarang kos.
Majlis Pelancaran Buku Covid 19 ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr) Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam diiringi Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil.
- Published in Berita
Majlis Mengadap Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka
AYER KEROH, 8 April – Ahli Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan (MKI) hari ini telah mengadap Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam; Yang di-Pertua Negeri yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Wan Zahidi bin Wan Teh, Pengerusi Muzakarah MKI bertempat di Pejabat TYT Negeri Melaka pada pukul 4.30 Petang.
- Published in Berita
Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan
BANDA HILIR, 8 April – Hari ini persidangan telah berlangsung pada hari kedua yang bermula pada pukul 8.30 pagi bertempat di Hotel Hatten Melaka.
Hari ini persidangan di mulakan dengan ucapan aluan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Yang Berhormat Menteri juga telah menyampaikan cenderamata kepada Ahli Jawatankuasa Muzakarah MKI.
Persidangan ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.
- Published in Berita
Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan
BANDA HILIR, 7 April – Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas MKI Kali Ke-119 telah bersidang pada 7 April hingga 9 April berpusat di Hatten Hotel Melaka. Mesyuarat yang dihoskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Mufti Negeri Melaka sebagai tuan rumah pada persidangan kali ini melibatkan Ashabus Samahah Mufti-Mufti seluruh Malaysia serta Ahli-Ahli Dilantik Majlis Raja-Raja bagi membincangkan berkenaan hal ehwal ugama.
Persidangan dimulakan dengan perutusan oleh YBhg.Datuk Pengerusi Muzakarah MKI; YBhg. Datuk Hj Wan Zahidi Bin Wan Teh.
Persidangan ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.
- Published in Berita
Majlis Penyampaian Sumbangan Bersama Pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (Ngo)
MELAKA TENGAH, 19 Mac – Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan dan Yayasan Mualaf Malaysia hari ini telah menyalurkan bantuan sumbangan kit makanan kepada 20 mualaf dan 50 orang pengayuh beca di negeri ini sebagai persediaan bagi mereka menyambut kedatangan bulan ramadhan al-mubarak.
Yang Dipertua Negeri Melaka; Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (DR) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam dan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM), YB Datuk Hj Md Rawi Bin Mahmud diiringi Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil telah menyampaikan sumbangan bantuan kit makanan tersebut kepada muallaf yang menerima sumbangan tersebut bertempat di CEB Cafe, Melaka yang telah dirasmikan pembukaan restoren berkenaan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka; Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (DR) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam.
- Published in Berita