TG BIDARA, 12 April – Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam; Yang di-Pertua Negeri Melaka bersama YAB Ketua Menteri; Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman bin Md Ali. berkenan menghadiri Majlis Cerapan Hilal Ramadhan 1442 Hijrah bersamaan 2021 yang diadakan di Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.
Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri Melaka diketuai oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Datuk Wira Hj. Abdul Halim bin Tawil telah melakukan cerapan ini seterusnya melaporkan kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Dalam pada itu, setelah menerima laporan dari semua Negeri-Negeri, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengisytiharkan dan menetapkan Tarikh 1 Ramadhan 1442H jatuh pada Hari Selasa 13 April 2021.