TG.BIDARA, 9 Mac – Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah mengadakan Cerapan Rasmi Hilal Syawal yang telah diadakan bertempat di Balai Cerap Al-Khawarizmi, petang tadi.
Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr.Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam; Yang di-Pertua Negeri Melaka bersama Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka berkenan menghadiri Majlis Cerapan tersebut.
Sukacita dimaklumkan Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri Melaka yang diketuai oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah melakukan cerapan Hilal Syawal di Kompleks Falak Al- Khawarizmi, Tanjung Bidara pada petang Selasa 9 April 2024 bersamaan 29 Ramadan 1445H dan melaporkan telah melakukan cerapan Hilal di lokasi mencerap Hilal Negeri Melaka kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Penyimpan Mohor Besar Raja-raja setelah menerima laporan dari semua 29 lokasi dan telah mengisytiharkan tarikh 1 Syawal 1445H adalah pada Rabu 10 April 2024.
Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil juga turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di Negeri Melaka khususnya dan Malaysia amnya.