TAMBAK PAYA, 15 Mac – Sempena Program Mufti Bersama Ummah yang akan berlangsung di Masjid Safinah An-Najah Tambak Paya pada petang ini, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah menyampaikan khutbah Jumaat bertajuk “Ramadan Yang Menjelma, Usah Dibiarkan Berlalu Begitu Sahaja” seterusnya memimpin solat Jumaat secara berjemaah.
Antara intipati khutbah yang telah disampaikan adalah berkaitan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di dalam bulan Ramadan serta fadilat di bulan Ramadan.