TG. BIDARA,30 Januari – Hari ini Kursus Pegawai Syarak anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka diteruskan lagi bertempat di Auditorium Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.
Para calon yang hadir hari ini telah di beri pengetahuan berkenaan Ilmu Tajwid dan Azan, Iqamah & Solat yang telah disampaikan oleh Datuk Hj Mohamad Bin Hashim, dan bagi Sembelihan Korban & Aqiqah telah disampaikan oleh Ustaz Yuzfariman Bin Bohari.