TG. BIDARA,28 September – Hari ini berlansungnya hari kedua Kursus Pegawai Syarak anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka bertempat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.
Para calon yang hadir hari ini telah di beri pengetahuan berkenaan Akhlak & Tasawuf yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Haneef Bin Zin, Akidah Islam oleh Dr Mohamad Nadzli Bin Omar & Pengurusan Taharah oleh Ustaz Shahrir Asraf bin Hj.Azmi.