TG.BIDARA, 03 Oktober – Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil menerima kunjungan hormat dari Delegasi Jabatan Mufti Negeri Pahang di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.
Kunjungan Jabatan Mufti Negeri Pahang ini diketuai oleh Dato’ Sri Dr Haji Abdul Rahman bin Haji Osman; Mufti Kerajaan Negeri Pahang serta beberapa pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Delegasi dari Jabatan Mufti Negeri Pahang diberi kesempatan melawat beberapa kemudahan di Kompleks Falak Al-Khawarizmi seperti Balai Cerap Al-Khawarizmi dan Galeri Interaktif Planetarium Al-Khawarizmi.
Kunjungan dari Jabatan Mufti Negeri Pahang ini merangkumi Lawatan Hormat kepada Pejabat Mufti Negeri Melaka serta membuat kajian pemeliharaan akidah berkaitan khurafat di Pulau Besar.
Delegasi ini juga di bawa menikmati pemandangan indah sepanjang Sungai Melaka dengan menaiki bot river cruise yang merupakan salah satu produk pelancongan di Negeri Melaka.