BUKIT PALAH, 13 Oktober – Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil dan Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Tuan Haji Hazarudin Bin Haji Baharudin hari ini menerima kunjungan hormat dari Pengarah Perkeso Negeri Melaka; Tuan Abdul Razak Bin Omar di Pejabat Mufti Negeri Melaka
Kunjungan hormat tersebut diadakan bagi mempereratkan lagi kerjasama yang sedia terjalin di antara Jabatan Mufti Negeri Melaka dan PERKESO serta turut memberi ruang bagi kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pendapat serta membincangkan isu-isu yang berkaitan.
Kunjungan ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.