BUKIT PALAH, 16 Januari – Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil menerima kunjungan hormat dari Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM dan Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Pejabat Mufti Negeri Melaka pada jam 2.30 petang tadi.
Kunjungan hormat tersebut turut memberi ruang bagi kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pendapat serta mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM), Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Jabatan Mufti Negeri Melaka.