BUKIT PALAH, 24 Julai – Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka, pagi ini, menerima kunjungan hormat daripada Integrated Fiqh Research Centre (I-Fiqh) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka.
Dalam pertemuan yang diadakan di Pejabat Mufti Negeri Melaka itu, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan Dr. Khairul Azhar Bin Meerangani, Ketua Entiti Kecemerlangan Integrated Fiqh Research Centre (I-Fiqh) Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka membincangkan soal kerjasama dua hala yang sudah lama terjalin antara kedua-dua pihak.
Kunjungan hormat ini juga turut memberi ruang bagi kedua-dua belah pihak membincangkan kolaborasi penyelidikan bersama antara Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Integrated Fiqh Research Centre (I-Fiqh) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka.