BUKIT PALAH, 03 Julai – Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil hari ini menerima kunjungan hormat dari Ketua Pegawai eksekutif, Tuan Hj Mohd Yusri Mohd Yusof di Pejabat Mufti Negeri Melaka hari ini. Pertemuan dua hala ini bertujuan membincangkan dan memperkukuhkan kerjasama strategik antara dua hala serta pertemuan tersebut turut memberi ruang bagi kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pendapat serta membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan.