![IMG_5414 IMG_5414](https://muftimelaka.gov.my/wp-content/uploads/2022/11/IMG_5414-420x280_c.jpg)
BUKIT BERUANG, 9 Nov – Petang tadi Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama Timbalan Mufti Negeri Melaka; Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin mengiringi delegasi Mantan Mufti Palestin membuat kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam; Yang Di Pertua Negeri Melaka di Istana Negeri Melaka.
Kunjungan hormat yang diketuai oleh Sheikh. Dr. Ekrima Sa’id Sabri: Mantan Mufti Palestin turut memberi ruang bagi kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pendapat serta membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan.
Setelah itu, Tuan Yang Terutama Tun bersama para delegasi menunaikan solat maghrib dan isya secara berjemaah yang telah dipimpin oleh Sheikh. Dr. Ekrima Sa’id Sabri: Mantan Mufti Palestin dan bacaan yaasin dipimpin oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
![](https://muftimelaka.gov.my/wp-content/uploads/2022/11/IMG_5354.jpg)
![](https://muftimelaka.gov.my/wp-content/uploads/2022/11/IMG_5381.jpg)
![](https://muftimelaka.gov.my/wp-content/uploads/2022/11/IMG_5384.jpg)
![](https://muftimelaka.gov.my/wp-content/uploads/2022/11/IMG_5404.jpg)
![](https://muftimelaka.gov.my/wp-content/uploads/2022/11/IMG_5414.jpg)
![](https://muftimelaka.gov.my/wp-content/uploads/2022/11/IMG_5543.jpg)
![](https://muftimelaka.gov.my/wp-content/uploads/2022/11/IMG_5548.jpg)
![](https://muftimelaka.gov.my/wp-content/uploads/2022/11/IMG_5558.jpg)