BUKIT PALAH,12 Julai – Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Cawangan KWSP Bandar Melaka, Mohd Kamil bin Abu Bakar di Pejabat Mufti Negeri Melaka.
Kunjungan ini menjadi medium kepada kedua-dua belah pihak membincangkan inisiatif bagi menggalakkan rakyat Melaka memilih Simpanan Shariah KWSP serta membincangkan hala tuju strategik berkaitan kerjasama program yang akan dilaksanakan bersama.