TG. BIDARA, 14 Nov – Balai Cerap Al-Khawarizmi, Melaka telah menerima lawatan kerja dari Universitas Islam Negeri Walisongo Semarang Indonesia. Lawatan delegasi ini telah diketuai Prof. Dr. Abdul Ghofur, Dekan Fakulti Syariah dan Hukum dari Universitas Islam Walisongo Semarang. Tujuan lawatan kerja ini dilaksanakan adalah untuk berkongsi pandangan dan idea mengenai perkembangan ilmu falak syarie dan astronomi di negeri Melaka dan dari pihak Universitas Islam Negeri Walisongo Semarang. Kehadiran delegasi telah disambut oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka. Datuk Wira Mufti Negeri Melaka telah berkongsi idea dan pandangan mengenai perkembangan bidang falak syarie dan astronomi di negeri Melaka.
Para delegasi telah dibawah melihat infrastruktur yang terdapat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka. Delegasi telah mengunjungi Balai Cerap Al-Khawarizmi iaitu lokasi rasmi cerapan hilal yang dilaksanakan di negeri Melaka.