TG. BIDARA, 4 Januari – Petang ini Jabatan Mufti Negeri Melaka menerima lawatan ziarah oleh para peserta Projek Daie Muda Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) bertempat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.
Lawatan ini disambut mesra oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan Sahibul Fadhilah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin; Timbalan Mufti Negeri Melaka.
Seramai 24 peserta Tokoh Projek Daie Muda ini berkesempatan melontarkan soalan dan berbincang bersama Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka di dalam satu sesi “Town Hall” yang membincangkan berkenaan “Cabaran Pendakwah Mendepani Musibah Globalisasi”.
Program ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.