BUKIT PALAH, 7 Mei – Jabatan Mufti Negeri Melaka telah menyerahkan dokumen Sighah Sempadan Kariah Masjid Negeri Melaka dan satu unit total station kepada Majlis Agama Islam Melaka.
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Hj Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka kpd YBrs. Tuan Haji Ikram bin Ibrahim; Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka. Majlis turut dihadiri YBrs. Dato,’ Che Sukri Che Mat; Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka.
Sighah Sempadan Kariah ini telah diperinci dan disemak bersama oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka, Majlis Agama Islam Negeri Melaka, Jabatan Agama Islam Negeri Melaka dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Melaka.