Tahukah anda selain Bumi dan Bulan, Matahari juga bergerak pada orbitnya. Matahari adalah salah satu daripada jutaan bintang di langit kita. Bintang-bintang ini bergerak di dalam galaksi Bima Sakti pada orbit masing-masing. Jarak Matahari dari pusat galaksi adalah 25,000 tahun cahaya. Matahari adalah bintang paling dekat dengan Bumi pada jarak purata 149,680,000 kilometer. Cahaya dari Matahari mengambil masa 8 minit untuk sampai ke Bumi. (Cahaya Matahari tidak boleh dilihat secara terus. )