TG.BIDARA, 30 Mei – Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil.2/2023 telah diadakan bertempat di Dewan Hamal, Kompleks Falak Al-Khawarizmi ,Tanjung Bidara, Melaka, pagi tadi.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka yang hadir.
Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentang dan diberi penerangan oleh pembentang kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bagi mendapatkan pandangan serta mengambil maklum mengenai perkara yang telah dibincangkan.
Tiga kertas kerja tersebut telah dibentangkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM).