BUKIT PALAH, 9 Mac – Bahagian Penyiaran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) sedang menerbitkan rancangan berkonsepkan majalah dokumentari Bicara Mufti yang bakal disiarkan di saluran RTM TV 1.
Di dalam mesyuarat ini Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama beberapa pegawai dari Bahagian Penyiaran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia membincangkan berkenaan persiapan dan pengisian rakaman yang akan diadakan pada 22 Mac 2022 hingga 24 Mac 2022. Mesyuarat ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.