AIR TAWAR, 10 Disember – Lebih 100 orang jemaah telah mengikuti Forum Mufti Bersama Ummah yang bertajuk ‘Istiqamah Dalam Iman’ anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan Majlis Agama Islam Negeri Melaka yang telah diadakan di Masjid Al Abidin Air Tawar, Merlimau.
Forum ini menampilkan barisan panel yang hebat seperti Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka di samping Tokoh Undangan Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan; Timbalan Mufti Wilayah Perseketuan dan Ustaz Mohd Nidzar bin Nor Mohamd; Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Mufti Negeri Melaka selaku moderator.
Antara intipati yang disentuh dalam forum berkenaan berkaitan bagaimana umat islam seharusnya menyelami erti istiqamah dalam hidup dan amalan yang dilakukan.
Justeru, saranan para panel forum kepada jemaah yang hadir supaya umat islam terus istiqamah untuk beramal adalah perkara penting supaya jiwa umat islam terus dididik melakukan perkara baik dan mulia.
Selepas forum, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil bersama Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan berkesempatan menyantuni dan menyempurnakan tahnik dan cukur jambul beberapa orang bayi di dalam sebuah Majlis Cukur Jambul yang telah diadakan.