KELEMAK, 21 Oktober – Sempena Sambutan Maulidur Rasul, satu program berbentuk forum telah diadakan dengan tujuan untuk menghayati kembali keperibadian serta kisah kehidupan Rasulullah SAW dan mendalami perjuangan Nabi Muhammad SAW serta melihat semula kepada perjuangan baginda dalam menyebarkan syiar Islam.
Sehubungan dengan itu, Program Mufti Bersama Ummah sempena Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Melaka dan Majlis Agama Islam Negeri Melaka telah diadakan bertempat di Masjid Al Aman Kelemak Alor Gajah Melaka.
Program berbentuk forum berkenaan menampilkan barisan panel hebat seperti Sahibus Samahah Datuk wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Dr Mohd Kamel bin Mat Salleh;Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Seremban sebagai panel dan Ustaz Ahmad Shahrir Asraf bin Datuk Hj Azmi sebagai moderator.
Para jemaah yang hadir terdiri dari penduduk kampung berhampiran bagi yang hadir bagi memeriahkan majlis ilmu.