MERLIMAU, 16 Oktober – Masjid Asy Syujaah Merlimau Utara kali ini menjadi masjid pilihan Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Melaka dan Majlis Agama Islam Negeri Melaka menganjurkan Program Mufti Bersama Ummah Sempena Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1444H/2022M.
Majlis dimulakan dengan alunan selawat yang di bimbing oleh Kumpulan Maulid Ar-Rahman dari Pengkalan Rama, Melaka.
Selepas solat maghrib secara berjemaah, majlis diteruskan dengan program bual bicara yang membawa tajuk diskusi “Menyingkap Ibrah Maulidur Rasul” yang berbentuk forum yang menampilkan Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin; Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Sahibus Samahah Tuan Haji Amran bin Haji Awaludin; Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan sebagai panel dan YBhg.Ustaz Murad bin Ahmat sebagai moderator.
Kedua-dua panel di dalam forum berkenan menyarankan kepada Jemaah yang hadir agar sering menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW untuk lebih mengenali dan mencintai kekasih agung nabi Muhammad SAW agar kita dapat menjadi penyambung risalah nabi untuk ummah ini.