BUKIT PALAH, 21 Oktober – Hari ini Ustazah Eliezah Hana Binti Md.Taha; Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Mufti Negeri Melaka telah menyerahkan Surat Kebenaran Solat Jumaat Semasa Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) kepada wakil dari surau-surau di dalam Kem Terendak Melaka bagi memberi ruang kepada lebih ramai masyarakat Islam di Negeri Melaka untuk menunaikan solat Jumaat.
Dalam pada itu, Jabatan Mufti Negeri Melaka turut menyerahkan beberapa buah buku Covid-19 kepada wakil Kem Terendak Melaka untuk diedarkan kepada pegawai dan petugas di sana. Buku ini merungkai persoalan yang berlegar dikalangan masyarakat mengenai hikmah ujian besar wabak ini kepada manusia.
Penyerahan ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.