BUKIT PALAH, 17 September – Hari ini Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah menyerahkan Surat Kebenaran Solat Jumaat Semasa Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) kepada Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia Negeri Melaka bagi memberi ruang kepada lebih ramai masyarakat Islam di Negeri Melaka untuk menunaikan solat Jumaat.
Dalam pada itu, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil hari ini telah menyerahkan sebanyak 120 buah buku Covid-19 kepada wakil Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia Melaka bertempat di Pejabat Mufti Negeri Melaka untuk diedarkan kepada pegawai dan petugas di sana. Buku ini merungkai persoalan yang berlegar dikalangan masyarakat mengenai hikmah ujian besar wabak ini kepada manusia.