JASIN, 27 Mac – Program Bicara Mufti anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Melaka kali ini telah diadakan di Masjid Al-Iffah, Selandar, Jasin petang tadi.
Program di mulakan dengan Majlis Khatam Quran oleh peserta tadarus terdiri dari jemaah masjid dan pelajar tahfiz berhampiran yang telah di pimpin oleh Al Fadhil Ustaz Khairul Khazuan bin Kasim, Imam 1 Masjid Al-Iffah, Selandar,
Seterusnya, program diteruskan dengan penyampaian tazkirah Ramadan yang telah disampaikan oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka. Selepas itu, Datuk Wira Mufti berkesempatan menyampaikan sumbangan raya kepada anak yatim,asnaf dan pelajar tahfiz.
Sejurus azan maghrib, Datuk Wira Mufti meluangkan masa berbuka bersama para jemaah dan menunaikan solat maghrib, isyak dan terawih secara berjemaah.