AYER PAABAS, 27 Feb – Bicara Mufti adalah program rutin Jabatan Mufti Negeri Melaka yang telah berjalan selama beberapa tahun di negeri Melaka. Ia dilaksanakan bagi mendekati masyarakat setempat dan menyampaikan informasi terkini berkaitan hal ehwal Islam khususnya isu-isu kefatwaan yang menjadi persoalan dalam masyarakat. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama masjid dan surau dalam negeri Melaka.
Selaras dengan itu, bagi Program Bicara Mufti kali ini Masjid Saga Ayer Paabas menjadi masjid pilihan bagi program anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka bersama Majlis Agama Islam Negeri Melaka.
YB Tuan Hj Zulkiflee bin Datuk Seri Hj.Mohd Zin; Ahli Dewan Undangan (ADUN) Taboh Naning bersama Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan Ahli Jawatankuasa Masjid Saga Ayer Paabas berkesempatan menyantuni 2 orang ahli kariah berhampiran.
“Usrati Jannati” menjadi tajuk forum berbentuk bual bicara yang menampilkan barisan panel hebat seperti Dr Mohamad Nazli bin Omar; Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka, Ustaz Huzailan bin Hamzah ; Ketua Agama Islam Daerah Alor Gajah dan Ustaz Khidir bin Bahari; Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Mufti Negeri Melaka selaku moderator bagi forum ini.
Selepas forum, YB Tuan Hj Zulkiflee bin Datuk Seri Hj.Mohd Zin; Ahli Dewan Undangan (ADUN) Taboh Naning diiringi Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil: Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan berzanji, mewarna,gubahan dan memasak yang telah diadakan pada sebelah pagi.