KUALA LINGGI, 4 Mei – Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Al Muttaqin Kuala Linggi Melaka telah menganjurkan Program Bicara Mufti Sempena Ramadhan Al-Mubarak 2021 yang telah berlangsung bermula pukul 4.30 Petang hingga 10.30 malam semalam.
Program dimulakan dengan solat asar secara berjemaah bersama jemaah yang terdiri daripada penduduk setempat. Seterusnya, Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin; Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Al Muttaqin Kuala Linggi Melaka telah menyantuni dan menziarahi penduduk sekitar Masjid berkenaan.