20 Februari 2024, Tanjung Bidara – Balai Cerap Al-Khawarizmi Jabatan Mufti Negeri Melaka telah mengadakan program kemasukan percuma Sempena Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu. Program bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Balai Cerap Al-Khawarizmi merupakan antara salah satu dari 10 lokasi pelancongan yang mengadakan program kemasukan percuma pada 20 Februari 2024. Pelbagai pengisian disediakan kepada para pengunjung seperti tayangan planetarium percuma, lawatan ke galeri pameran balai cerap dan galeri interaktif planetarium Al-Khawarizmi.
Seramai 3540 pengunjung telah menghadiri program ini yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat khususnya rakyat negeri Melaka. Bagi memeriahkan aktiviti pada hari ini terdapat juga pertandingan permainan menguji minda dan cabutan bertuah yang diadakan. Para pengunjung berpeluang memenangi beberapa buah basikal, peralatan elektronik dan lain-lain lagi. Program ini telah memberi peluang kepada orang ramai untuk hadir ke Balai Cerap Al-Khawarizmi dan melakukan aktiviti disini. Penubuhan Balai Cerap Al-Khawarizmi ini adalah sebagai pusat pendidikan, penyelidikan dan astro pelancongan di negeri Melaka.