JASIN, 14 April – Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka telah menganjurkan Program Mufti Bersama Masyarakat yang telah berlangsung di Masjid Al-Marbawi, Air Bemban, Jasin.
Program dimulakan dengan solat asar secara berjemaah yang telah dipimpin oleh Tuan Haji Abu Bakar bin Mohd Noor; Imam 1 Masjid Al-Marbawi.
Seterusnya, Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin; Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama Ahli Jawatankuasa Masjid telah menyantuni dan menziarahi penduduk sekitar Masjid berkenaan.
Program kemudian diteruskan dengan Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Asnaf-Asnaf di dalam kariah masjid berkenaan. Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin; Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah menyampaikan bantuan kit makanan Majlis Agama Islam Melaka kepada 5 orang penerima yang hadir.
Sebelum berbuka puasa, para jemaah diberi pengisian tazkirah ringkas yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin.
Setelah itu, seramai 50 orang pelajar tahfiz telah diraikan dalam satu Majlis Berbuka Puasa bersama Timbalan Mufti Negeri Melaka; Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin.
Program kemudian diteruskan dengan solat maghrib,isya’ dan tarawih secara berjemaah.