KG GELAM, 25 Feb – Masjid As Sobirin Kampung Gelam Melaka, menjadi masjid pilihan bagi Program Bicara Mufti anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka bersama Majlis Agama Islam Negeri Melaka dan Kementerian Dalam Negeri pada kali ini.
Program dimulakan dengan Ziarah Mahabbah oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Hj Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama Ahli Jawatankuasa Masjid As Sobirin berkesempatan menyantuni Mantan Imam dan Mantan Pengerusi Masjid As Sobirin Kampung Gelam Melaka.
Selesai solat maghrib secara berjemaah yang telah dipimpin oleh Datuk Wira Mufti, forum berbentuk bual bicara yang bertajuk “Al Quran Di Hati, Masyarakat Di Santuni” telah menampilkan barisan panel hebat seperti Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Prof Madya Dr Sedek bin Ariffin; Setiausaha Lajnah Tasheh Al Quran Kementerian Dalam Negeri dan Ustaz Abd Manap bin Mohamad; Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Melaka selaku moderator bagi forum tersebut.
Dalam forum ini, para jemaah yang hadir diberi penerangan berkaitan peranan Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri dalam memastikan Kesucian Teks Al-Quran terus dipelihara seperti Garis Panduan Penulisan dan Penerbitan Teks Hadith serta Kaedah Pelesenan Percetakan Al Quran di Malaysia.
Program dimulakan dengan Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Al-Hidayah berkesempatan menyantuni dan menziarahi beberapa orang penduduk kampung berhampiran dengan menyampaikan sumbangan berbentuk kit makanan.
Selesai solat maghrib berjemaah program diteruskan dengan program bual bicara berbentuk forum yang menampilkan barisan panel kehormat seperti Sahibus Samahah Datuk Wira Hj. Abdul Halim bin Tawil;Mufti Kerajaan Negeri Melaka, YBhg. Ustaz Ahmad Lutfi Bin Muharam; Pensyarah Fiqh & Usul Fiqh, Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling dan Ustaz Muhammad Adib bin Hatim;Pegawai Hal Ehwal Islam, JAIM selaku moderator bagi forum tersebut.
Forum yang membawa tajuk “Harta, Ibtila atau Tarbiyyah” itu turut memberi kesempatan kepada jemaah yang hadir untuk bertanyakan segala permasalahan yang berkaitan. Para panel dalam forum berkenaan juga turut memberi pengetahuan kepada jemaah tentang kesedaran dan kewajipan berzakat.
Dalam pada itu, beberapa kaunter informasi serta pameran dari Agensi Agama Negeri Melaka seperti Pusat Zakat Melaka, Majlis Agama Islam Negeri Melaka, Mahkamah Syariah Negeri Melaka dan Kementerian Dalam Negeri turut dibuka kepada jemaah yang hadir.