ALOR GAJAH, 30 Ogos – Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Melaka (JUPEM) dan Jabatan Agama Islam Melaka telah menganjurkan Program Teknologi Pengukuran dan Pengurusan Masjid Melalui Kaedah Kerja-Kerja Ukur dan Penggunaan Peralatan Dron bertempat di Masjid Ar Rasyidin, Alor Gajah, Melaka.
Matlamat program ini adalah untuk membuat semakan & ukuran persempadanan lot-lot masjid dengan kawasan berhampiran seterusnya akan menghasilkan pelan induk pelbagai sebagai rujukan Pihak Berkuasa Agama Negeri dan Daerah.
Program ini juga dapat memberikan pendedahan & perkongsian kepakaran kepada agensi agama tentang teknologi ukuran menggunakan dron dalam kerja-kerja ukur di lapangan.
Semoga kerjasama strategik ini dapat diteruskan lagi untuk manfaat kepada agensi agama dan masyarakat negeri Melaka umumnya.