SHAH ALAM,16 Nov – Pagi tadi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 4 diteruskan bagi sesi kedua di Hotel Mardiyyah & Suites, Shah Alam, Selangor.
Pembentangan kertas kerja kali ini telah dibentang dan diberi penerangan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) dan Pusat Zakat Negeri Melaka kepada Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka.
Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah mempengerusikan mesyuarat berkenaan yang menjadi medium perbincangan dan penyelidikan kepada ahli-ahli mesyuarat berkenaan hukum-hakam bagi isu-isu yang diutarakan oleh pihak berautoriti yang memerlukan keputusan dan penjelasan hukum.