SHAH ALAM,15 Nov – Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil.4 kali ini telah diadakan di Hotel Mardiyyah & Suites, Shah Alam, Selangor. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil;Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Mesyuarat yang dihadiri oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka ini antara lainnya membincangkan beberapa penelitian serta penentuan hukum terhadap isu-isu semasa yang berbangkit.
Dalam perbincangan mesyuarat malam ini, beberapa kertas kerja telah dibentang dan diberi penerangan oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri Melaka kepada Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bagi mendapatkan pandangan serta keputusan berkaitan untuk tindakan selanjutnya.