PROGRAM BICARA MUFTI MASJID AR RAUDHAH, PADANG TEMU
PADANG TEMU, 31 Oktober – Telah berlangsungnya Program Bicara Mufti anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Melaka telah diadakan bertempat di Masjid Ar Raudhah, Padang Temu, Melaka.
Kepentingan fatwa dalam melayari kehidupan jelas dapat dizahirkan dengan pelaksanaan atau perjalanan syariat Islamiyah.Fatwa memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan undang-undang islam atau hukum syarak.
Selaras dengan tajuk forum kali ini “Peranan Fatwa” telah menampilkan dua orang panel hebat seperti Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin,Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama Datuk Muhammad bin Hashim, Imam Besar Masji Negeri Melaka serta Ustaz Mohd Nidzar bin Nor Mohamd, Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Mufti Negeri Melaka selaku moderator.
Inti pati forum berbentuk bual bicara itu antara lain memberi penerangan kepada jemaah yang hadir berkaitan peranan fatwa dalam menyelesaikan permasalahan ummah dan menyatukan masyarakat supaya lebih berlapang dada dan menerima fatwa sebagai sumber ilmu dan hukum syarak.
Selepas forum, Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada 3 orang mantan Pegawai Syarak Masjid Ar Raudhah, Padang Temu, Melaka.
- Published in Berita
PROGRAM BICARA MUFTI MASJID AL-MUHSININ MELEKEK LUAR, ALOR GAJAH, MELAKA
ALOR GAJAH, 16 Oktober – Lebih 300 orang telah menyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1445H/2023M sejauh 1.2 kilometer sempena Program Bicara Mufti yang telah diadakn di Masjid Al-Muhsinin, Alor Gajah, Melaka.
Selesai solat maghrib berjemaah program diteruskan dengan program bual bicara berbentuk forum yang menampilkan barisan panel kehormat seperti Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka, YBhg Ustaz Harryanto Rizal bin Rokman, Penceramah Selebriti dan Al-Fadhil Ustaz Shahrir Asraf bin Datuk Haji Azmi, Pembantu Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Negeri Melaka selaku moderator.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, YB Haji Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin yang juga Timbalan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana bersama penduduk kampung berhampiran yang hadir mengimarahkan forum bertemakan “Perpaduan Teras Malaysia Madani” berkenaan.
- Published in Berita
KUNJUNGAN HORMAT DARI KOPERASI GABUNGAN MASJID-MASJID NEGERI MELAKA BERHAD (KOGMAS)