PROGRAM BICARA MUFTI SURAU AL-MUBARAK TAMAN POKOK MANGGA
POKOK MANGGA, 29 Feb – Di kesempatan hadirnya bulan Ramadhan, umat Islam harus merebut peluang yang ada dengan melaksanakan ibadah puasa dan lain-lain amalan soleh dengan bersungguh-sungguh di samping memohon keampunan dan keredaan Allah.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka menganjurkan Program Bicara Mufti yang telah berlangsung di Surau Al-Mubarak Taman Pokok Mangga, Melaka.
Program bual bicara berbentuk forum bertajuk “Peristiwa Perjalanan Israk Mikraj & Ambang Ramadan” ini telah menggandingkan dua orang tokoh hebat seperti Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama Datuk Haji Rahimin bin Bani, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka dan Ustaz Shahril Asraf bin Haji Azmi, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Negeri Melaka selaku moderator.
- Published in Berita
KUNJUNGAN HORMAT DARI DELEGASI BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) CAWANGAN MELAKA
BUKIT PALAH, 27 Feb – Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil hari ini menerima kunjungan hormat dari Delegasi Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Melaka di Pejabat Mufti Negeri Melaka.
Kunjungan hormat tersebut diadakan bagi mempereratkan lagi kerjasama yang sedia terjalin di antara Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Melaka serta turut memberi ruang bagi kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pendapat serta membincangkan isu-isu yang berkaitan.
- Published in Berita
PROGRAM KEMASUKAN PERCUMA SEMPENA HARI PENGISYTIHARAN TARIKH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
20 Februari 2024, Tanjung Bidara – Balai Cerap Al-Khawarizmi Jabatan Mufti Negeri Melaka telah mengadakan program kemasukan percuma Sempena Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu. Program bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Balai Cerap Al-Khawarizmi merupakan antara salah satu dari 10 lokasi pelancongan yang mengadakan program kemasukan percuma pada 20 Februari 2024. Pelbagai pengisian disediakan kepada para pengunjung seperti tayangan planetarium percuma, lawatan ke galeri pameran balai cerap dan galeri interaktif planetarium Al-Khawarizmi.
Seramai 3540 pengunjung telah menghadiri program ini yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat khususnya rakyat negeri Melaka. Bagi memeriahkan aktiviti pada hari ini terdapat juga pertandingan permainan menguji minda dan cabutan bertuah yang diadakan. Para pengunjung berpeluang memenangi beberapa buah basikal, peralatan elektronik dan lain-lain lagi. Program ini telah memberi peluang kepada orang ramai untuk hadir ke Balai Cerap Al-Khawarizmi dan melakukan aktiviti disini. Penubuhan Balai Cerap Al-Khawarizmi ini adalah sebagai pusat pendidikan, penyelidikan dan astro pelancongan di negeri Melaka.
- Published in Berita
PROGRAM BICARA MUFTI SURAU JUMAAT AR-RAUDHAH TAMAN PAYA RUMPUT PERDANA
PAYA RUMPUT, 20 Feb – Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Melaka telah mengadakan Program Bicara Mufti di Surau Jumaat Ar-Raudhah Taman Paya Rumput Perdana semalam.
Program berbentuk forum ini menampilkan panel kerhormat seperti Datuk Haji Rahimin Bin Bani, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka, Ustaz Shamsul Amri bin Ismail (Syamsul Debat), Penceramah Selebriti dan Ustaz Rosmanizam bin Rosdi selaku moderator.
Lebih 500 orang jemaah membanjiri Surau Jumaat Ar-Raudhah Taman Paya Rumput Perdana bagi menyaksikan forum bual bicara yang bertajuk ” Keluarga Bahagia, Titian Ke Syurga”.
Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka turut hadir mengimarahkan forum berkenaan sekaligus berkesempatan menyampaikan cenderamata kepada barisan panel dan Jawatankuasa Surau Jumaat Ar-Raudhah Taman Paya Rumput Perdana.
- Published in Berita