MAJLIS CERAPAN RASMI HILAL ZULHIJJAH 1445 H/2024 MMAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN MADANI TAHUN 2024
TG BIDARA, 7 Jun – Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Melaka bersama Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri Melaka telah melakukan Cerapan Hilal Zulhijjah 1445H/2024M bertempat di Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka bermula jam 6.45 petang pada Jumaat 29 Zulkaedah 1445H bersamaan 7 Jun 2024M.
Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil telah mengetuai aktiviti mencerap kali ini bersama Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Melaka, Sr Noor Helmy bin Noordin dan Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka bersama Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri Melaka.
Hasil cerapan petang ini, hilal tidak kelihatan di Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara disebabkan faktor cuaca namun terdapat beberapa lokasi cerapan berjaya merakam kenampakan hilal.
Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil kemudiannya telah melaporkan kepada Pejabat Penyimpan Besar Mohor Raja-Raja berkaitan hasil cerapan pada petang tadi.
Maka, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja setelah menerima laporan dari semua negeri-negeri telah mengisytiharkan bahawa tarikh 1 Zulhijjah 1445H ditetapkan pada Sabtu 8 Jun 2024M. Tarikh 10 Zulhijjah 1445H iaitu Hari Raya Aidiladha ditetapkan pada 17 Jun 2024M (Isnin).
Sahibus Samahah Datuk Wira Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan seluruh warga Jabatan Mufti Negeri Melaka mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1445H.
- Published in Berita