PROGRAM KEM FALAK ASTRONOMI DAN CERAPAN HILAL RABIULAWWAL 1446H
TG.BIDARA, 5 Sept – Balai Cerap Al-Khawarizmi menyambut lawatan rombongan dari pelajar-pelajar Politeknik Melaka yang berkunjung melalui Program Kem Falak Astronomi dan Cerapan Hilal Rabiulawwal 1446H.
Para pelajar diberi taklimat berkenaan “Pengenalan Ilmu Falak dan Kaedah Penentuan Awal Bulan Islam di Malaysia” yang telah disampaikan oleh Ustaz Saifullah bin Dimyati manakala “Kaedah Pengendalian Teleskop & Peralatan” telah disampaikan oleh En.Mohamad Fadzli bin Mohd Razi.
Para pelajar juga berpeluang menyaksikan keindahan ciptaan Allah SWT. Hilal Rabiul Awal 1446H dapat disaksikan bersama-sama dgn pensyarah, para pelajar Politeknik Melaka.
- Published in Berita
KURSUS PENINGKATAN ILMU CALON PEGAWAI MASJID NEGERI MELAKA BIL. 2/2O24
TG.BIDARA, 4 Sept – Telah berlangsung hari kedua bagi Kursus Peningkatan Ilmu Calon Pegawai Masjid Negeri Melaka Bil.2/2024 bertempat di Auditorium Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.
Para Calon Pegawai Masjid hari ini diberi pendedahan berkenaan Ilmu Tajwid, Azan dan Iqomah yang telah disampaikan oleh Datuk Haji Mohamad bin Hashim serta bab Sembelihan, Korban dan Aqiqah pula telah disampaikan oleh Ustaz Shahrir Asraf bin Datuk Haji Azmi.
- Published in Berita
KURSUS PENINGKATAN ILMU CALON PEGAWAI MASJID NEGERI MELAKA BIL. 2/2O24 (HARI PERTAMA)
TTG.BIDARA, 3 Sept – Hari ini merupakan hari pertama Kursus Peningkatan Ilmu Calon Pegawai Masjid Negeri Melaka Bil.2/2024 anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka yang telah diadakan bertempat di Auditorium Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara.
Para Calon Pegawai Masjid hari ini diberi pendedahan berkenaan Akhlak Islam/Tasawwuf oleh Ustaz Mohd Haneef bin Zin, Munakahat oleh Ustaz Huzailan bin Hamzah dan Dr Mohamad Nazli bin Omar berkaitan Akidah.
- Published in Berita