PROGRAM SATU PEMIMPIN SATU KAMPUNG (SANTUNI MADANI)
TG.BIDARA, 26 Oktober – Balai Cerap Al-Khawarizmi dan Planetarium Interaktif telah menawarkan kemasukan percuma sempena Program Satu Pemimpin Satu Kampung (SANTUNI MADANI) anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP) yang telah diadakan di sekitar Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara.
Pengunjung yang hadir diberi kesempatan merasai kemudahan yang tersedia di Balai Cerap Al-Khawarizmi seperti pelantar mencerap, menara tinjau, bahan pameran berkenaan falak dan tayangan astronomi.
- Published in Berita
KURSUS SIJIL LANJUTAN FALAK SYARIE TAHUN 2024 SIRI 2.
MELAKA TENGAH, 23 Oktober- Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Persatuan Falak Syarie Melaka & Jawatankuasa Surau Ar Redhuan, Taman Semabok Perdana telah mengajurkan Kursus Sijil Lanjutan Falak Syarie Tahun 2024 Siri 2.
Siri 2 merupakan sambungan pengajian berkenaan penggunaan alat tradisional Rubu’ Mujayyab. Pada siri ke-2 ini, Ustaz Ahmad bin Zainal Abidin, Ahli Persatuan Falak Negeri Melaka telah menerangkan kepada hadirin yang hadir berkenaan tajuk Rubu’ Mujayyab yang memfokuskan kiraan dan jadual waktu solat lima waktu.
- Published in Berita
MAJLIS PENYERAHAN SIJIL TAULIAH DAN PEMBAHARUAN TEMPOH TAULIAH MENGAJAR AGAMA DAN AL-QURAN NEGERI MELAKA
BUKIT PALAH, 22 Oktober – Seramai 52 orang telah menerima sijil tauliah mengajar Agama dan Al-quran pada Majlis Penyerahan Sijil Tauliah Dan Pembaharuan Tempoh Tauliah Mengajar Agama Dan Al-quran Negeri Melaka.
Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah menyampaikan sijil tauliah kepada 52 orang penerima tauliah yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Agama Islam Negeri Melaka.
- Published in Berita
LAWATAN KUNJUNG HORMAT BERSAMA SHEIKH AMINUDDIN BIN ABDUL RAHIM, AHLI JAWATANKUASA FATWA NEGERI KEDAH KE JABATAN MUFTI MELAKA TAHUN 2024
BUKIT PALAH, 18 Oktober – Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah menerima lawatan kunjung hormat dari Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka bersama PEKDIS Cawangan Melaka bersama Sheikh Aminuddin bin Abdul Rahim, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah bertempat di Pejabat Mufti Negeri Melaka pagi tadi.
- Published in Berita
SEMINAR PENDIDIKAN FATWA KONTEMPORARI
AYER KEROH, 14 Oktober – Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Seminar Pendidikan Fatwa Kontemporari yang telah berlangsung di Grandballroom MiTC, Melaka.
Seminar ini menjadi medium perbincangan isu-isu semasa bertujuan memberi pendedahan mengenai isu-isu kontemporari berkaitan hukum fatwa sebagai panduan dan tujukan masyarakat Islam. Antaranya berkaitan Fatwa-Fatwa Semasa Dalam Memelihara Keutuhan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Ancaman Fahaman dan Ajaran Sesat Terhadap Negara dan Isu Pemakanan dan Bioteknologi.
Seminar ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian dan Hal Ehwal Agama. Dalam pada itu Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka mengiringi YB Datuk Rahmad bin Mariman melancarkan Projek Inovasi Menaiktaraf Pelan Persempadanan Kariah Masjid Seluruh Negeri Melaka Tahun 2024 dan telah menyampaikan pelan persempadanan kariah berkenaan kepada 6 masjid di Negeri Melaka.
- Published in Berita
KUNJUNGAN HORMAT MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA
BUKIT PALAH, 10 Oktober – Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka menerima kunjungan hormat dari Yang Amat Arif Tuan Haji Azzeman Bin Haji Omar, Ketua Hakim Syarie yang baharu bertempat di Pejabat Mufti Negeri Melaka.
Pertemuan dua hala ini dalam pada sama turut menyatakan kesediaan & komitmen untuk terus memperkukuh hubungan baik antara Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Mahkamah Syariah Negeri Melaka khususnya dalam bidang Perundangan Syariah serta Isu-Isu Kefatwaan.
Bagi pihak Jabatan Mufti Negeri Melaka dan seluruh warga kerja di Jabatan Mufti Negeri Melaka mengucapkan sekalung tahniah kepada Yang Amat Arif Tuan Haji Azzeman Bin Haji Omar serta selamat menabur khidmat bakti kepada negeri dan rakyat Negeri Melaka.
- Published in Berita