KUNJUNGAN MAHABAH YB TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) KEPADA SOHIBUS SAMAHAH MUFTI NEGERI MELAKA
BUKIT PALAH, 15 Nov – Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka menerima kunjungan mahabbah daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),YB Senator Dr Zulkifli bin Hassan bertempat di Pejabat Mufti Negeri Melaka.
Kunjungan ini bagi mengukuhkan hubungan dua hala antara Persekutuan dan Negeri dalam pentadbiran Hal Ehwal Islam serta perbincangan dan kerjasama yang bersesuaian bersama Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
- Published in Berita
LAWATAN KERJA DARI UNIVERSITAS ISLAM NEGERI WALISONGO SEMARANG INDONESIA
TG. BIDARA, 14 Nov – Balai Cerap Al-Khawarizmi, Melaka telah menerima lawatan kerja dari Universitas Islam Negeri Walisongo Semarang Indonesia. Lawatan delegasi ini telah diketuai Prof. Dr. Abdul Ghofur, Dekan Fakulti Syariah dan Hukum dari Universitas Islam Walisongo Semarang. Tujuan lawatan kerja ini dilaksanakan adalah untuk berkongsi pandangan dan idea mengenai perkembangan ilmu falak syarie dan astronomi di negeri Melaka dan dari pihak Universitas Islam Negeri Walisongo Semarang. Kehadiran delegasi telah disambut oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka. Datuk Wira Mufti Negeri Melaka telah berkongsi idea dan pandangan mengenai perkembangan bidang falak syarie dan astronomi di negeri Melaka.
Para delegasi telah dibawah melihat infrastruktur yang terdapat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka. Delegasi telah mengunjungi Balai Cerap Al-Khawarizmi iaitu lokasi rasmi cerapan hilal yang dilaksanakan di negeri Melaka.
- Published in Berita
KURSUS SIJIL LANJUTAN FALAK SYARIE TAHUN 2024 (3 SIRI)
SEMABOK ,6 November – Kursus Lanjutan Falak Syarie yang telah diadakan di Surau Ar Reduan Taman Semabok Perdana merupakan kursus berkala yang dijalankan oleh Bahagian Falak Syarie Jabatan Mufti Negeri Melaka yang menyasarkan kepada orang awam yang berminat dengan ilmu astronomi dan ilmu-ilmu berkaitan falak syarie.
Kursus ini dipimpin oleh Pakar Falak, Dr Haji Kassim bin Bahali yang juga merupakan Yang DiPertua Persatuan Falak Negeri Melaka dijemput khas bagi menyampaikan ilmu-ilmu berkaitan falak dan astronomi sepanjang kursus ini diadakan sebanyak 3 siri pada tahun ini.
Majlis Perasmian Penutupan Kursus Asas Falak Syarie bagi tahun 2024 kali ini telah disempurnakan oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka berkesempatan menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta yang hadir.
Lawatan ini telah disambut oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Hj. Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka yang juga merupakan alumni bagi kolej tersebut.
Para hadirin diberi taklimat oleh Pegawai Sains Jabatan Mufti Negeri Melaka berkenaan ilmu astronomi dan penerangan berkaitan proses pencerapan hilal yang dilaksanakan di Malaysia.
Para hadirin juga diberi kesempatan merasai segala kemudahan yang ada di Balai Cerap Al-Khawarizmi seperti Galeri Interaktif, melihat tayangan berkaitan ilmu falak dan meninjau suasana di pelantar cerapan.
- Published in Berita
LAWATAN ALUMNI KOLEJ ISLAM KLANG
TG.BIDARA,1 Nov – Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka telah menerima lawatan daripada 140 orang Alumni Kolej Islam Klang sempena Program Taqarrub V – Alumni KIK.
Lawatan ini telah disambut oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Hj. Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka yang juga merupakan alumni bagi kolej tersebut.
Para hadirin diberi taklimat oleh Pegawai Sains Jabatan Mufti Negeri Melaka berkenaan ilmu astronomi dan penerangan berkaitan proses pencerapan hilal yang dilaksanakan di Malaysia.
Para hadirin juga diberi kesempatan merasai segala kemudahan yang ada di Balai Cerap Al-Khawarizmi seperti Galeri Interaktif, melihat tayangan berkaitan ilmu falak dan meninjau suasana di pelantar cerapan.
- Published in Berita