MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI MELAKA BIL.3/2022
AYER KEROH, 26 September – Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil.3/2022 yang telah dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Hj Abdul Halim bin Tawil, telah berlangsung di Hotel Ames, Ayer Keroh, Melaka hari ini. Mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan berkenaan isu-isu kefatwaan dan isu-isu keagamaan semasa di Negeri Melaka.
Mesyuarat ini dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka serta pegawai-pegawai Majlis Agama Islam Negeri Melaka dan Jabatan Agama Islam Negeri Melaka.
- Published in Berita
LAWATAN KERJA DARI DELEGASI UNIVERSITAS ISLAM NEGERI (UIN) MAULANA MALIK IBRAHIM MALANG, INDONESIA BERSAMA UITM CAWANGAN MELAKA DI KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI
TG.BIDARA, 15 September – Jabatan Mufti Negeri Melaka hari ini menerima kunjungan hormat dari Delegasi Universitas Islam Negeri (UIN) Maulana Malik Ibrahim Malang, Indonesia Bersama UiTM Cawangan Melaka Di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.
Kunjungan delegasi dari Indonesia ini diketuai oleh Dr Mohd Zaid Mustafar; Ketua Pegawai Pengiring UiTM Cawangan Melaka serta beberapa pegawai-pegawai dan pelajar-pelajar dari Universitas Islam Negeri (UIN) Maulana Malik Ibrahim Malang, Indonesia.
Delegasi ini juga telah dibawa melawat kemudahan yang yang ada seperti Balai Cerap, Planetarium dan Galeri Pameran Falak dan Astronomi di sini. Mereka juga turut diberi penerangan berkenaan operasi dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kompleks ini.
- Published in Berita
KUNJUNGAN HORMAT DARI PERTUBUHAN KEBAJIKAN & DAKWAH AN-NUR MELAKA
BUKIT PALAH, 2 September – Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil dan Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin hari ini menerima kunjungan hormat dari Pertubuhan Kebajikan & Dakwah An-Nur Melaka bersama Al-Habib Ahmad bin Husien Aideed dari Hadromout,Yaman. Kunjungan hormat ini turut memberi ruang kepada kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pandangan dalam menjalankan kerja-kerja dakwah khususnya di Negeri Melaka.
- Published in Berita