KUNJUNGAN HORMAT KETUA CAWANGAN KWSP BANDAR MELAKA
BUKIT PALAH,12 Julai – Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Cawangan KWSP Bandar Melaka, Mohd Kamil bin Abu Bakar di Pejabat Mufti Negeri Melaka.
Kunjungan ini menjadi medium kepada kedua-dua belah pihak membincangkan inisiatif bagi menggalakkan rakyat Melaka memilih Simpanan Shariah KWSP serta membincangkan hala tuju strategik berkaitan kerjasama program yang akan dilaksanakan bersama.
- Published in Berita
KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI GALERI ILMU SDN BHD KE JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA
BUKIT PALAH, 03 Julai – Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil hari ini menerima kunjungan hormat dari Ketua Pegawai eksekutif, Tuan Hj Mohd Yusri Mohd Yusof di Pejabat Mufti Negeri Melaka hari ini. Pertemuan dua hala ini bertujuan membincangkan dan memperkukuhkan kerjasama strategik antara dua hala serta pertemuan tersebut turut memberi ruang bagi kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pendapat serta membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan.
- Published in Berita
MAJLIS CERAPAN RASMI HILAL ZULHIJJAH 1445 H/2024 MMAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN MADANI TAHUN 2024
TG BIDARA, 7 Jun – Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Melaka bersama Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri Melaka telah melakukan Cerapan Hilal Zulhijjah 1445H/2024M bertempat di Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka bermula jam 6.45 petang pada Jumaat 29 Zulkaedah 1445H bersamaan 7 Jun 2024M.
Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil telah mengetuai aktiviti mencerap kali ini bersama Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Melaka, Sr Noor Helmy bin Noordin dan Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka bersama Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri Melaka.
Hasil cerapan petang ini, hilal tidak kelihatan di Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara disebabkan faktor cuaca namun terdapat beberapa lokasi cerapan berjaya merakam kenampakan hilal.
Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil kemudiannya telah melaporkan kepada Pejabat Penyimpan Besar Mohor Raja-Raja berkaitan hasil cerapan pada petang tadi.
Maka, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja setelah menerima laporan dari semua negeri-negeri telah mengisytiharkan bahawa tarikh 1 Zulhijjah 1445H ditetapkan pada Sabtu 8 Jun 2024M. Tarikh 10 Zulhijjah 1445H iaitu Hari Raya Aidiladha ditetapkan pada 17 Jun 2024M (Isnin).
Sahibus Samahah Datuk Wira Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan seluruh warga Jabatan Mufti Negeri Melaka mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1445H.
- Published in Berita
MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN MADANI TAHUN 2024
Tarikh : 25 Mei 2024 (Sabtu)
Tempat : Ames Hotel, Ayer Keroh, Melaka
Dirasmikan oleh : YAB Datuk Seri Anwar bin Ibrahim
Perdana Menteri Malaysia
Diiringi : YAB Datuk Seri Utama Abdul Rauf bin Yusoh
Ketua Menteri Melaka
- Published in Berita
KONVENSYEN MADANI TAHUN 2024 (UCAPTAMA 2)
Tarikh : 25 Mei 2024 (Sabtu)
Tempat : Ames Hotel, Ayer Keroh, Melaka
Ucaptama 2
Maqasid Framework In Strengthening The Malaysia Madani Policy
Panel: YBhg. Professor Dr. Jasser Auda
Visiting Professor International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC) President of Maqasid Institute
- Published in Berita
KONVENSYEN MADANI TAHUN 2024 (SESI 3)
Tarikh : 25 Mei 2024 (Sabtu)
Tempat : Ames Hotel, Ayer Keroh, Melaka
Sesi 3
Pembentangan Kertas Kerja 6
MADANI: Keindahan Islam Dalam Pembangunan Malaysia Sejahtera
Panel: YBhg. Dato’ Dr. Haji Nooh bin Gadot
Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI)
Pembentangan Kertas Kerja 7
MADANI: Pemberdayaan Komuniti, NGO Dan Badan Dakwah
Panel: YBhg. Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman
Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
Pembentangan Kertas Kerja 8
MADANI: Ihsan, Family And Women Empowernment
Panel: YBhg. Prof. Madya Dr. Basma Abdelgafar Vice President Maqasid Institute
Moderator : YBhg. Tn. Shamsuri bin Jamil
Pensyarah Kanan, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia
- Published in Berita
KONVENSYEN MADANI TAHUN 2024 (SESI 2)
Tarikh : 24 Mei 2024 ( Jumaat )
Tempat : Ames Hotel, Ayer Keroh, Melaka
Sesi 2
Pembentangan Kertas Kerja 3
Malaysia Madani Dan Falsafah Pembinaan Negara Bangsa
Panel: YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Osman bin Bakar
International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), International Islamic University Malaysia (IIUM)
Pembentangan Kertas Kerja 4
Keyakinan Dan Integriti Dalam Pembinaan Malaysia Madani
Panel: YBhg. Datuk Hasanuddin bin Mohd Yunus Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
Pembentangan Kertas Kerja 5
Daya Cipta, Inovasi Dan Kecerdasan Buatan (AI) Memperkukuh Malaysia Madani
Panel: YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamad Fauzan bin Noordin
Pengarah The International Institute of Islamic Thought (IIIT) East Asia
Moderator: YBhg. Prof. Dr. Nor Zuraida binti Zainal Exco Sekretariat Hal Ehwal Wanita (SALWA) Malaysia
- Published in Berita
KONVENSYEN MADANI TAHUN 2024 (SESI 1)
Tarikh : 24 Mei 2024 ( Jumaat )
Tempat : Ames Hotel, Ayer Keroh, Melaka
Sesi 1
Pembentangan Kertas Kerja 1
Teknologi dan Media Sosial Dalam Membentuk Minda Madani
Panel : YBhg. Prof. Dr Shahrin bin Sahib@Sahibuddin
Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Pembentangan Kertas Kerja 2
Madani : Pendidikan Dalam Pembinaan Tamadun
Panel : YBhg. Prof. Dr. Syed Muhammad Khairudin Aljunied
Pensyarah Kanan University of Singapore
Moderator : YBhg. Dr Mohamad Nazli bin Omar
Pensyarah Kanan Keilmuan Islam, Universiti Melaka
- Published in Berita
KONVENSYEN MADANI TAHUN 2024
Tarikh : 24 Mei 2024 ( Jumaat )
Tempat : Ames Hotel, Ayer Keroh, Melaka
Ucaptama 1
Madani dan Kenegaraan Islam
Oleh : YBhg Prof Dato Dr Muhammad bin Manuti
Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia(IKIM)
- Published in Berita
BENGKEL SIGHAH FATWA PERSEMPADANAN KARIAH MELAKA TENGAH SIRI 3/2024
PORT DICKSON, 10 Mei – Jabatan Mufti Negeri Melaka telah mengadakan Bengkel Sighah Fatwa Persempadanan Kariah Melaka Tengah Siri 3/2024 bertempat di Avillion Hotel, Port Dickson, Negeri Sembilan yang berlangsung selama 3 hari bermula 8 hingga 10 Mei 2024.
Bengkel ini telah disertai dengan kerjasama pegawai-pegawai dari Majlis Agama Islam Melaka, Jabatan Agama Islam Melaka dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Melaka.
Bengkel ini berlangsung bertujuan mengemaskini serta menyemak Persempadanan Kariah di dalam kawasan Melaka Tengah bagi melaksanakan Pewartaan Persempadanan Kariah di Negeri Melaka.
Semoga hasil kerjasama antara agensi-agensi terlibat ini memperkasakan lagi hal ehwal pentadbiran Islam di negeri Melaka dan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat khasnya di negeri Melaka.
- Published in Berita