PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1446H/2024M
BUKIT PALAH, 16 September – Seramai 6,234 peserta membabitkan 121 kontinjen mewakili pelbagai jabatan, agensi, institusi pendidikan, japerun dan masjid telah mengambil bahagian berarak sejauh 3.91 kilometer (km).
Kontinjen Jabatan Mufti Negeri Melaka kali ini menyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1446H/2024M Peringkat Negeri Melaka dengan kekuatan kontinjen seramai 20 orang.
- Published in Berita
KURSUS PENINGKATAN ILMU CALON PEGAWAI MASJID NEGERI MELAKA BIL. 2/2024
TG BIDARA, 6 Sept – Seramai 62 orang calon Pegawai Masjid Negeri Melaka terdiri dari Imam, Bilal, Noja dan Pengurus Jenazah Wanita telah menyertai Kursus Peningkatan Ilmu Calon Pegawai Masjid Negeri Melaka Bil.2/2024 yang telah diadakan selama 3 hari bermula 3 September sehingga 5 September bertempat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.
Para calon di beri pengetahuan berkenaan Pengurusan Jenazah oleh Ustaz Habibullah bin Mohd Ghazali manakala bagi bab Pengetahuan Taharah telah disampaikan oleh Ustaz Arif Ariffin bin Abu Bakar.
Majlis Penangguhan Kursus ini telah disempurnakan oleh Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin dan telah berkesempatan menyampaikan sijil kepada para calon yang hadir.
- Published in Berita
PROGRAM KEM FALAK ASTRONOMI DAN CERAPAN HILAL RABIULAWWAL 1446H
TG.BIDARA, 5 Sept – Balai Cerap Al-Khawarizmi menyambut lawatan rombongan dari pelajar-pelajar Politeknik Melaka yang berkunjung melalui Program Kem Falak Astronomi dan Cerapan Hilal Rabiulawwal 1446H.
Para pelajar diberi taklimat berkenaan “Pengenalan Ilmu Falak dan Kaedah Penentuan Awal Bulan Islam di Malaysia” yang telah disampaikan oleh Ustaz Saifullah bin Dimyati manakala “Kaedah Pengendalian Teleskop & Peralatan” telah disampaikan oleh En.Mohamad Fadzli bin Mohd Razi.
Para pelajar juga berpeluang menyaksikan keindahan ciptaan Allah SWT. Hilal Rabiul Awal 1446H dapat disaksikan bersama-sama dgn pensyarah, para pelajar Politeknik Melaka.
- Published in Berita
KURSUS PENINGKATAN ILMU CALON PEGAWAI MASJID NEGERI MELAKA BIL. 2/2O24
TG.BIDARA, 4 Sept – Telah berlangsung hari kedua bagi Kursus Peningkatan Ilmu Calon Pegawai Masjid Negeri Melaka Bil.2/2024 bertempat di Auditorium Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.
Para Calon Pegawai Masjid hari ini diberi pendedahan berkenaan Ilmu Tajwid, Azan dan Iqomah yang telah disampaikan oleh Datuk Haji Mohamad bin Hashim serta bab Sembelihan, Korban dan Aqiqah pula telah disampaikan oleh Ustaz Shahrir Asraf bin Datuk Haji Azmi.
- Published in Berita
KURSUS PENINGKATAN ILMU CALON PEGAWAI MASJID NEGERI MELAKA BIL. 2/2O24 (HARI PERTAMA)
TTG.BIDARA, 3 Sept – Hari ini merupakan hari pertama Kursus Peningkatan Ilmu Calon Pegawai Masjid Negeri Melaka Bil.2/2024 anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka yang telah diadakan bertempat di Auditorium Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara.
Para Calon Pegawai Masjid hari ini diberi pendedahan berkenaan Akhlak Islam/Tasawwuf oleh Ustaz Mohd Haneef bin Zin, Munakahat oleh Ustaz Huzailan bin Hamzah dan Dr Mohamad Nazli bin Omar berkaitan Akidah.
- Published in Berita
BENGKEL KELAB FALAK DAN ASTRONOMI SIRI 2/2024
DURIAN TUNGGAL, 29 Ogos – Bengkel Kelab Falak dan Astronomi Siri 2/2024 telah diadakan di Dewan Kuliah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Seramai 200 orang pelajar terdiri daripada Sekolah-Sekolah Kelab Falak Negeri Melaka telah dibimbing oleh Dr Radzuan bin Nordin, Ahli Jawatankuasa Rukyah Negeri Melaka dengan menerangkan berkaitan Modul Peralatan Tradisional Falak “ Aplikasi Penggunaan Peralatan Rubu’ Mujayyab”. Peralatan rubu’ mujayyab adalah alat astronomi tradisional yang digunakan untuk mengukur kedudukan bintang dan planet, serta menentukan waktu solat dan arah kiblat. Dalam pada itu, para pelajar diberi pendedahan melalui pertandingan mencipta peralatan rubu’ mujayyab dengan menggunakan kabus, benang serta bahan yang lain.
- Published in Berita
SESI PENILAIAN PROGRAM MALAYSIA TOURISM QUALITY ASSURANCE (MYTQA)
TG.BIDARA, 27 Ogos – Kompleks Falak Al-Khawarizmi terpilih bagi Sesi Penilaian Program Malaysia Tourism Quality Assurance (MYTQA). Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) merupakan inisiatif Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk meningkatkan perkhidmatan dan kualiti kemudahan bagi produk-produk pelancongan di Malaysia.
Ia merupakan satu pengiktirafan kepada produk pelancongan dan memberi pendedahan kepada penggiat-penggiat industri supaya lebih mengutamakan mutu perkhidmatan yang disediakan.
Ia selaras dengan tujuan utama Kompleks Falak Al-Khawarizmi yang menyasarkan pelancongan islam dan astronomi kepada pelancong-pelancong yang berkunjung ke negeri Melaka.
- Published in Berita
BICARA MUFTI : “AL-QUR’AN DI HATI, MASYARAKAT DIBERKATI”
DURIAN TUNGGAL, 16 Ogos – “Al-Qur’an di hati, Masyarakat diberkati” adalah sebuah ungkapan yang merungkai betapa pentingnya menanamkan Al-Qur’an dalam kehidupan seharian untuk mendapatkan berkah dan manfaat dalam masyarakat. Selaras dengan tajuk forum Program Bicara Mufti kali ini hasil kerjasama Jabatan Mufti Negeri Melaka Bersama Majlis Agama Islam Negeri Melaka dan Kementerian Dalam Negeri telah menampilkan panel hebat seperti Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan YBhg Dato Mohd Kazim bin Elias Kazim serta YBhg Ustaz Shahrir Asraf bin Haji Azmi selaku moderator.
Dalam pada itu, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil mengiringi YB Tuan Zahari bin Abd Kalil, ADUN Durian Tunggal berkesempatan menziarahi penduduk Kampung Beringin dengan menyampaikan sumbangan berbentuk kit makanan kepada beberapa penduduk yang memerlukan.
- Published in Berita
KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI INSTITUT PENYELIDIKAN DAN INOVASI ZAKAT UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
BUKIT PALAH, 18 Julai – Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil menerima kunjungan hormat dari Pengarah Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat Universiti Utara Malaysia, Dr Ahmad Khilmy bin Abdul Rahim di Pejabat Mufti Negeri Melaka semalam. Pertemuan dua hala ini bertujuan membincangkan jalinan kerjasama bagi menjayakan Seminar The 3rd International Conference on Zakat, Tax, Waqf & Economic Development (Zawed) yang akan dianjurkan di negeri Melaka.
- Published in Berita
‘HIJRAH DAN CABARAN’ FORUM PERDANA MAAL HIJRAH 1446H SEMPENA ISTIWA’ A’DZAM DAN HARI ASYURA
KUALA SG. BARU, 15 Julai – Bersempena Istiwa’ A’dzam dan Hari Asyura, yang berlangsung serentak Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka, Jabatan Agama Islam Melaka dan Japerun Dun Kuala Linggi telah mengadakan Forum Perdana Maal Hijrah 1446H bertempat di Masjid Al Hafiz,Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru, Melaka.
Program kali ini diadakan bersempena fenomena Istiwa Azam iaitu satu keadaan di mana matahari akan berada tepat pada titik zenith (ghayah) ketika istiwa. Fenomena ini akan berlaku apabila nilai sudut istiwa matahari bersamaan dengan nilai latitud tempatan.
Sehubungan itu, Jabatan Mufti Negeri Melaka melalui Bahagian Falak Syari’e telah mengambil kesempatan dari peristiwa itu melalui penceramah jemputan Ustaz Ahmad bin Zainal Abidin, Ahli Persatuan Falak Syarie Negeri Melaka untuk memberi taklimat fenomena istiwa’ a’dzam serta menerangkan kepada orang awam kaedah mengukur arah kiblat ketika terjadinya fenomena tersebut.
Seterusnya, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka mengiringi Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama merangkap ADUN Kuala Linggi, YB Tuan Rosli bin Abdullah menyantuni penduduk-penduduk sekitar dengan menyalurkan bantuan saguhati dan kit makanan kepada 80 orang anak-anak yatim dan asnaf sekitar Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru, Melaka.
Selepas solat maghrib secara berjemaah, program diteruskan dengan Forum Maal Hijrah 1446H ‘HIJRAH DAN CABARAN’ menampilkan moderator iaitu Ustaz Mohd Nidzar bin Nor Mohamd, Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Mufti Negeri Melaka serta barisan panel kehormat seperti Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan YBhg Dato’ (Dr.) Haji Nooh bin Gadot, Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI).
Sesi bual bicara kali ini membincangkan berkaitan tema sambutan maal hijrah pada tahun 1446 H adalah ‘’Al Falah Pemacu Malaysia Madani’’, bertepatan dengan semangat dan falsafah diambil daripada peristiwa hijrah Rasulullah SAW untuk dihayati kerana penghijrahan terbukti membuka lembaran kejayaan untuk memacu ke arah Malaysia MADANI.
- Published in Berita