MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI MELAKA BIL.1/2024
BUKIT PALAH, 06 Mei – Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil.1 bagi tahun 2024 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Melaka pagi tadi.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka yang hadir.
Sebanyak enam kertas kerja mesyuarat telah dibentang dan diberi penerangan oleh pembentang kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bagi mendapatkan pandangan serta mengambil maklum mengenai perkara yang telah dibincangkan.
Enam kertas kerja tersebut telah dibentangkan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM), Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Daie Faraid Malaysia.
- Published in Berita
PROGRAM “JOM BACA 10 MINIT” TAHUN 2024
BUKIT PALAH, 23 April – Kerajaan Negeri Melaka melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah menganjurkan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit pada hari ini 23 April 2024 secara serentak di seluruh negara.
Justeru itu, detik 11 pagi warga kerja Jabatan Mufti Negeri Melaka telah menjayakan program “Jom Baca 10 Minit” ini bagi menyokong pelaksanaan kempen ini ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara membaca menjelang 2030.
- Published in Berita
CERAPAN HILAL RASMI SYAWAL 1445H/2024M
TG.BIDARA, 9 Mac – Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah mengadakan Cerapan Rasmi Hilal Syawal yang telah diadakan bertempat di Balai Cerap Al-Khawarizmi, petang tadi.
Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr.Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam; Yang di-Pertua Negeri Melaka bersama Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka berkenan menghadiri Majlis Cerapan tersebut.
Sukacita dimaklumkan Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri Melaka yang diketuai oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah melakukan cerapan Hilal Syawal di Kompleks Falak Al- Khawarizmi, Tanjung Bidara pada petang Selasa 9 April 2024 bersamaan 29 Ramadan 1445H dan melaporkan telah melakukan cerapan Hilal di lokasi mencerap Hilal Negeri Melaka kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Penyimpan Mohor Besar Raja-raja setelah menerima laporan dari semua 29 lokasi dan telah mengisytiharkan tarikh 1 Syawal 1445H adalah pada Rabu 10 April 2024.
Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil juga turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di Negeri Melaka khususnya dan Malaysia amnya.
- Published in Berita
MAJLIS PENYERAHAN SIJIL TAULIAH AGAMA DAN AL-QURAN NEGERI MELAKA SIRI 1/2024
BUKIT PALAH, 4 April – Jabatan Mufti Negeri Melaka telah mengadakan Majlis Penyampaian Tauliah Mengajar Agama & Al-Quran Negeri Melaka Siri 1 bagi tahun 2024 yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Majlis Agama Islam Melaka jam 9.30 pagi tadi.
Majlis penyampaian tauliah mengajar agama ini diadakan sebagai mengiktiraf pada penerima tauliah dan sebagai simbolik kepercayaan kepada mereka yang telah diamanahkan untuk menyampaikan ilmu yang sahih dan berlandaskan hukum syarak.
Majlis dimulakan dengan amanat dari Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka dalam ucapannya berkata tugas dan tanggungjawab yang telah diberi kepada pemegang tauliah hendaklah digunakan sebagai saluran terbaik dalam menyampaikan dakwah Islam kepada masyarakat Islam di Negeri Melaka ini. Dalam pada itu, beliau juga menyarankan agar semua Pemegang Tauliah Negeri Melaka diingatkan supaya tidak mencampuradukkan isu agama dengan politik kepartian agar persaudaraan dan perpaduan masyarakat Islam di Negeri Melaka khususnya terus harmoni .
Di dalam majlis tersebut juga Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawil telah menyampaikan watikah tauliah kepada 34 orang yang telah berjaya menerima watikah tauliah pada majlis kali ini.
- Published in Berita
Bengkel Penyediaan Takwim & Jadual Waktu Solat Negeri Melaka bagi Tahun 1446H/2024M-2025M
- Published in Berita
Kursus Peningkatan Ilmu Calon Pegawai Syarak Negeri Melaka Bil.1/2024
Tempat : Dewan Hamal, Kompleks Falak Al-Khawarizmi,Tg.Bidara
Tarikh: 01 April 2024 (Isnin)
Masa : 8.00 Pagi – 3.30 Petang
Slot 7 : Pengurusan Jenazah
: ( Us. Habibullah bin Mohd Ghazali)
Slot 8 : Pengurusan Taharah
: ( Us. Arif Ariffin bin Abu Bakar)
Slot 9 : Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
- Published in Berita
Kursus Peningkatan Ilmu Calon Pegawai Syarak Negeri Melaka Bil.1/2024
Tempat : Dewan Hamal, Kompleks Falak Al-Khawarizmi,Tg.Bidara
Tarikh: 30 Mac 2024 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi – 3.30 Petang
Slot 1 : Akhlak Islam/ Tasawuf
Oleh : Ustaz Mohd Haneef bin Zin
Slot 2 : Munakahat
Oleh : Ustaz Huzailan bin Hamzah
Slot 3 : Akidah
Oleh : Dr.Mohamad Nazli bin Omar
- Published in Berita
PROGRAM BICARA MUFTI MASJID AL MUHSININ, PANTAI KUNDUR
PANTAI KUNDUR, 28 Mac – Masjid Al Muhsinin, Pantai Kundur menjadi masjid terakhir bagi siri jelajah Program Bicara Mufti sempena bulan Ramadan tahun ini anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Melaka yang telah berlangsung semalam bermula jam 6.00 petang.
Program dimulakan dengan pengisian tazkirah ringkas Ramadan yang telah disampaikan oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Setelah itu, program kemudian diteruskan dengan Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Golongan Asnaf di dalam kariah masjid berkenaan. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama Encik M Hisham bin Isa, Ketua Terminal Regas Sungai Udang turut sama bagi menyampaikan bantuan berupa kit makanan asas kepada penerima.
Sejurus azan Maghrib berkumandang, para hadirin serta golongan asnaf kemudiannya diraikan didalam Majlis Berbuka Puasa yang telah diadakan.
Selesai berbuka, para jemaah menunaikan solat Maghrib secara berjemaah yang telah dipimpin oleh Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil.
- Published in Berita
PROGRAM BICARA MUFTI MASJID AL-IFFAH, SELANDAR
JASIN, 27 Mac – Program Bicara Mufti anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Melaka kali ini telah diadakan di Masjid Al-Iffah, Selandar, Jasin petang tadi.
Program di mulakan dengan Majlis Khatam Quran oleh peserta tadarus terdiri dari jemaah masjid dan pelajar tahfiz berhampiran yang telah di pimpin oleh Al Fadhil Ustaz Khairul Khazuan bin Kasim, Imam 1 Masjid Al-Iffah, Selandar,
Seterusnya, program diteruskan dengan penyampaian tazkirah Ramadan yang telah disampaikan oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka. Selepas itu, Datuk Wira Mufti berkesempatan menyampaikan sumbangan raya kepada anak yatim,asnaf dan pelajar tahfiz.
Sejurus azan maghrib, Datuk Wira Mufti meluangkan masa berbuka bersama para jemaah dan menunaikan solat maghrib, isyak dan terawih secara berjemaah.
- Published in Berita
DATUK WIRA MUFTI SAMPAIKAN KHUTBAH JUMAAT DI MASJID SAFINAH AN-NAJAH, TAMBAK PAYA
TAMBAK PAYA, 15 Mac – Sempena Program Mufti Bersama Ummah yang akan berlangsung di Masjid Safinah An-Najah Tambak Paya pada petang ini, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah menyampaikan khutbah Jumaat bertajuk “Ramadan Yang Menjelma, Usah Dibiarkan Berlalu Begitu Sahaja” seterusnya memimpin solat Jumaat secara berjemaah.
Antara intipati khutbah yang telah disampaikan adalah berkaitan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di dalam bulan Ramadan serta fadilat di bulan Ramadan.
- Published in Berita